Nuffnang Ads

Wednesday, 20 February 2013

Why complicate things..??!

Hi folks.

Sorry la for not able to find the right time tuk update my blog. Anyway, I'm writing about yang selalu orang nak buat kalau dah terdesak.

Selalunya laa kan, kalau seseorang itu akan menjadi minoriti dia akan cuba untuk cari jalan....cari jalan ni dalam konotasi yang sangat simple ialah to complicate things.

This is always faced by the beginners yang banyak idea yang bernas untuk diutarakan dan cuba untuk diketengahkan tapi apa yang akan berlaku??! Hampir keseluruhan idea dari beginners ni dicantas sehingga menjadi "tunggul kayu". Worst nightmares kann...

Tak cukup dengan "mencantas", dicondemn pulak orang yang cuba untuk membuat suatu perubahan. Cuba cakap, bagaimana nak maju?

Nak mengarah orang untuk melaksanakan sesuatu perkara amat mudah. Tapi fikir juga kepada orang yang menerima arahan dan ditugaskan tugasan yang tahap "mission impossible without proper guideline".

This is crazy man...!!!

Monday, 4 February 2013

AES: Mengupas Kebenaran

Timbul pelbagai isu tentang Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di dalam media beberapa hari ia dipasang, terutama sekali di kalangan ahli−ahli politik (malas nak nyatakan siapa).

Persoalannya, mengapa kita begitu kuat mempertahankan pesalah−pesalah trafik? Bukankah kita menggunakan jalanraya setiap hari dan menyedari betapa tingkahlaku sesetengah pengguna jalanraya adalah sangat menjengkelkan dan merbahaya?

Memandu melebihi had laju, melanggar lampu isyarat, memotong barisan, memotong di jalan garisan 2 selari serta mereka yang memasuki jalan-jalan larangan pada waktu puncak; ini semua senario harian dalam pengalaman pemanduan kita semua.

Adakah kita ini semata−mata sebuah negara yang dipenuhi dengan para pengguna jalanraya yang tidak bertimbangrasa sehinggakan kita harus menyuarakan ketidakpuasan hati kita kepada sebuah sistem baharu yang boleh menyelamatkan nyawa kepada semua pengguna?

AES telah pun dilaksanakan di seluruh dunia terutama di negara-negara membangun seperti Perancis, Jerman, Australia, Singapura dan Amerika Syarikat. Terdapat lebih daripada 90 negara di seluruh dunia yang telah melaksanakan sistem elektronik yang serupa dan hasilnya dapat dimanfaatkan.

Kita ambil contoh Perancis di mana jumlah kematian akibat kemalangan jalanraya telah menurun sebanyak 27% dalam tempoh hanya 3 tahun selepas dilaksanakan. Di Kuwait, kadar kemalangan trafik berkurang sebanyak 48% sementara di Jerman, 80% daripada para pengguna jalanraya mula mematuhi peraturan-peraturan jalanraya di kawasan-kawasan yang telah diletakkan di bawah pengawasan AES.

Sejak fasa pertama pelancarannya di negara kita pada 23 September 2012, 14 kamera telah dipasang di kawasan-kawasan "blackspot" di Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya telah dilaporkan dapat merakamkan sejumlah 63,558 kesalahan trafik dalam masa 8 hari beroperasi.

Perangkaan ini seharusnya mengingatkan kita semua agar mematuhi undang-undang trafik, bukannya untuk kita menimbulkan perbalahan & kekecohan yang boleh mengelirukan rakyat. Usaha yang boleh mendatangkan kebaikan untuk semua kalau terus menerus dipolitikkan...tak tau laa apa nak jadi.