Korang ingat tak lagi iklan Bernas time Aidilfitri tahun ni? Sedih siot...Story plot iklan ni pasal dua sahabat karib yang menempuh perjalanan sukar untuk ziarah pusara ibu pada awal pagi Syawal. Aku bukan setakat tengok kat TV je, banyak kali aku view kat Youtube....terharu rase & air mata aku pun tak sedar ngalir.
Apa tak nye, biar pun golongan kelainan upaya (OKU) tapi kesanggupan nak pulang ke kampung....I tell you it's not just an ACT!! Ni betul-betul hakikat sebenar yang dilalui oleh dua kanak-kanak istimewa ni dalam menjalani kehidupan seharian dengan penuh berdikari.
Kalau kita tengok secara zahirnya, dorang berdua dilahirkan dengan keupayaan berbeza. Namun dorang sedaya upaya lakukan tugas tanpa mengharapkan bantuan orang lain, sebaliknya berusaha melakukannya sebaik mungkin....kalau kita mungkin dah surrender dah!! Cuba kita pikir & reflect.
Ahmad Abdul Matin Asmadi (12 tahun) dan Amirul Hafizi Mohd Yusof (8 tahun)....aku tengok memang serasi & terpancar keikhlasan dalam lakonan dorang untuk iklan ni. Dorang bukannya pro dalam lakonan. Tapi mesej memang sampai....tertusuk dalam sanubari. Aku pun terus terdetik, betapa daifnya aku dalam dunia kita sendiri.
Banyak artikel pasal dorang yang aku baca. Dorang berdua ni memang dilahirkan dengan mengalami masalah pendengaran dan pertuturan. Walau bagaimanapun Ahmad masih mampu menjalani rutin harian seperti kanak-kanak lain....with no problem at all!!
Ada juga dalam satu artikel yang aku baca, difahamkan Ahmad ni memang suka sangat memasak...wow!! Hebatlah dik. Malah mampu pula sediakan makanan untuk diri sendiri. Masak telur goreng untuk peringkat umur 12 tahun....ok la tu.
Kalau Fizi pula dia cakap dia dah kena latih sejak kecil lagi untuk urus diri supaya percaya dengan kebolehan diri dan mampu melakukan dengan baik. Dia yang bersekolah di sekolah khas untuk murid cacat penglihatan, tidak sikit pun punya masalah sebab menurut mak dia mampu membaca dan menulis menggunakan tulisan braille. Aku selalu kalau masuk lif, tutup mata feeling-feeling...aku cuba raba dot-dot braille tu....satu pun haram aku tak faham...hahaa....bukan maksud nak mentertawakan pasal perkara ini tapi inilah keistimewaan insan yang cacat penglihatan. God Bless you!!
Kalau kita reflect balik banyak sebenarnya moral yang kita dapat. Aku tak tau la kalau yang still tak dapat lagi nak reflect sebab kita ni semua sememangnya tak sempurna. Masing-masing ada kelebihan, kat mana?? Hanya Tuhan saja yang tau sebab kita ciptaanNya dan apa semua yang berlaku adalah rencanaNya.
No comments:
Post a Comment