Nuffnang Ads

Monday, 7 January 2013

History - Maktab Perguruan Kent

Hi folks,

This is my first post about history. Actually aku takde laa expert sangat pasal sejarah ni....hanya sekadar nak sharing jerr. Selepas tengok siaran rancangan Hari Ini Dalam Sejarah, aku duk teringat cerita my mom about her college life kat Maktab Perguruan Kent, Tuaran, Sabah sekitar tahun 1960 - 1963. Kalau aku cuti balik kampung jer, kat dinding rumah mesti terpampang potret my mom wearing white uniform (mini skirt okey). That's I'd like to share laa sejarah penubuhan maktab ni sebab mungkin ramai yang tak tahu akan maktab ini yang telah dibuka oleh British dulu (aku tak lahir lagi time tu).

Tarikh Peristiwa: 18 Oktober 1952

Maktab Perguruan Kent, Borneo Utara (Sabah) telah dirasmikan pembukaannya oleh Puteri Duchess of Kent. Hadir dalam majlis ini adalah Pemangku Pengetua Maktab, J. Winders dan Gabenor Borneo Utara, Sir Ralph Hone.


Sebenarnya untuk pengetahuan korang, idea untuk menubuhkan Maktab Perguruan ini dicetuskan oleh Encik R. Parry yang merupakan Pengarah Jabatan Pendidikan Borneo Utara yang pertama. Mengenai matlamat penubuhannya pula, ianya bertujuan untuk melatih bakal guru yang akan mengajar di sekolah rendah khususnya sekolah Melayu Kerajaan.

Maktab Perguruan Kent pada awalnya dikenali dengan nama Kent Teachers Training College (KTTC). Ia merupakan maktab tertua di Sabah dan ke-4 di Malaysia. Situated di Pekan Tuaran, lebih kurang 35 km dari Kota Kinabalu. Before that, maktab ni telah mula beroperasi pada 15 April 1951 dengan menumpang di Trade School, Menggatal. Pengajian bermula dengan menampilkan guru pelatih seramai 40 orang dalam bidang pertanian dan pertukangan. Setelah siap bangunan sebenar di Tuaran, maktab ini berpindah dan seterusnya dirasmikan oleh Duchess of Kent Princess Marina pada 18 Oktober 1952.

Pembinaan maktab ini telah dimulakan pada tahun 1951 dan siap pada bulan Oktober 1952. Pada awal penubuhan maktab ini, kurikulumnya adalah untuk memenuhi matlamat Dasar Tanah Jajahan. Selain daripada untuk menguasai konsep kamhiran asas menulis, membaca dan mengira, para pelatih diajar bercucuk tanam, pertukangan tangan, ilmu kesihatan, sejarah, kegiatan masyarakat serta kemahiran mengajar. Tenaga pengajar pada peringkat permulaan terdiri Encik Gidney sebagai Pengetua, Encik Osman bin Haji Sidek dan Encik Mursidi bin Nambi sebagai Pensyarah serta Cik M.C. Lewis dan Encik Din bin Mat sebagai Pembantu Pensyarah.

So, that's it laa. Nostalgia juga kan kalau nak tengok sejarah pembinaan sesebuah institusi. Maktab ni sedar tak sedar usianya dah menjangkau 61 tahun dalam usaha mengasuh, mendidik dan melahirkan bakal-bakal guru....termasuklah my mom yang dah pun pencen sebagai guru matematik pada tahun 2000.

No comments:

Post a Comment